Monday, 4 November 2013

Pengalaman bermakna .


Assalammualaikum ahli syurga !
okey last week , aku dengan Ieya, Nabila and Aza join kem pandu puteri dekat Templer Park. Kem tu best sangat , and kawan2 kat situ pun semuanya sporting . Telah berlangsung selama 3 hari dua malam . Sebanyak 7 buah sekolah yang telah menghantar wakil ke Kem tersebut . Macam-macam aktiviti kitaorang buat . So memandangkan aku adalah ketua patrol pandu puteri Hulu Selangor . Jadi sekolah Semesco lah yang kena sampai dulu dekat kem tu .

Banyak benda kena buat mula2 sampai kat situ . Kena check sekolah mana yang tak sampai lagi , hantar wakil ke tidak . *sigh* penat wehh !
Bila semua peserta kem tu dah sampai and berkumpul bila aku check balek sepatutnya 15 buah sekolah yang hantar wakil tapi cuma ada 7 buah sekolah je . Urghh pening kepala aku time tu . Apa aku nak jawab dengan Ketua pesuruhjaya Pandu Puteri (Puan Asiah) tu nanti tak tahulah. Tapi nasib baik dia tak tanya aku :3

Sekolah yang hantar wakil :

Sungai choh
Batang kali
Syed mashor
Bukit Sentosa 2
Bukit Sentosa 1
SMD (i didn't remember this school)
Sungai buaya


Sekolah yang tak ada wakil :

Ampang pecah
Serendah
Taman bunga raya
Kalompang
And so on . Aku tak ingat yang lain ...

Ok now, here is the story . Nampak tak gambar orang tengah solat dekat atas tu . Nak tahu apa kena mengena dengan post ni ? Haha okey . Ini first experience yang memang terbaiklahhh ! Guess what ? Sepanjang kem tu berlangsung aku kena jadi imam ?!!!!! Ya Allahh terkejut aku waktu ustazah *one of the teachers kat kem tu* dari sekolah sungai buaya ni , suruh aku jadi imam sepanjang kem tu . OhmyGucci ! Terkejut gila rasa nak pengsan ! Tahu tak menggelabah aku dibuatnya ! Im not that perfect nak kena jadi imam . Dahlah nak kena imamkan seramai 61hamba Allah
 pulak tu . Ya Allahh memang betul2 cabaran buat aku kat kem tu .


Benda ni terjadi semasa aku dengan Ieya , Aza and Nabila masuk surau paling awal untuk solat berjemaah . Tapi nabila ABC .and wktu tu solat zohor . Bila semua orang dah berkumpul ustazah pun pergilah depan sekali untuk jadi imam then, she said

Ustzh : okey cepat ! Siapa nak iqomat ni ?
Everyone : pandang kiri pandang kanan , tengok diri masing2 , tunduk bawah (semuanya segan tak nak )
Ustsh : Atiqah , (anak murid dia) awak iqomat cepat !
That girl : urrr grrr ustazah Taaakkk naakk *gagap*
Me : (ish cepat lah orang nak solat ni iqomat jelah ) bosan menunggu .
Ustzh : eh cepatlah kejap lagi nak masuk Asar dah ni .
That girl : pandang bawah *diam kaku*
Me : Dengan takut2 beraninya aku pun Iqomat jelah ~~
UstZh : *pandang ke arah aku* dan terus jelah imamkan solat zohor .

Bila dah habes solat semua . Sementara tunggu masuk waktu solat Asar Tiba2 ieya dengan Aza kata macam ni .

Ieya : wehh hanie tadi semua orang pandang kau waktu kau iqomat tadi
Me : huh ! Yeke ? Kenapa salah ke bacaan aku ?
Aza : taklah betul je . Alah orang pandang sebab nak tengok Siapa budak yang berani iqomat tu hahah
Me : banyak kau punya berani . Aku ni kecut perut adalah .
Ieya : *thumbs up*

Sambil2 kitaorang tengah berborak tu tiba2 ustazah tu bersuara balek .
Ustzh : Assalammualaikum semua *perkenalkan diri* . Baiklah memandangkan kamu semua ni dah besar panjang semuanya  . Ustzh nak kamu semua lantik sorang imam Sepanjang kem ini . Takkanlah nak harapkan ustazah je .
Everyone : semua senyap je .
Ustzh : ok ! Sungai choh mana ?
Me , ieya , Aza and Nabila : *angkat tangan
Ustzh : ha ! Si putih kamu jadi imam sepanjang Kem ni boleh ?
Me  : *rasa nak gugur jantung * err haa oookkey ><
Ustzh : okey kita mulakan dengan sOlat maghrib malam ni .

So , Mulanya dari situlah aku dilantik Jadi imam buat Pertama kalinya seumur hidup aku ya Allah punyalah aku takut sampaikan aku search Surah2 Ayat quran dekat internet . Nasib baik aku bawak tab Waktu tu . Siap hafal lagi hahah. Bila dalam khemah je aku menghafal surah tu semua sampai ieya , Aza and nabila semua Gelakkan aku . Huishh kurang asam doraang tu .

Bila sampai waKtu solat maghrib . Aku pun imamkan lah ya Allah Punyalah aku Takut sangat Rasa nak pitam sampaikan surah lazim pun boleh lupa haiyahhhh malunyaaaa !! Bukan sebab tak hafal tapi sebab nervous Punya pasal habes Berterabur semuanya . Hahaha tapi takpe belajar dari pengalaman bestlah best hihi :)

Teringat pasal benda ni kalau dulu ada jugak orang yang nak mendengar cerita hidup aku ni and boleh jugak cerita dekat dia macam dulu~ Sekarang ? Hmm luah kat blog jelah.


Ya Allah semoga suatu hari nanti impian aku nak jadi Pandu Puteri Diraja tercapai . Aamiin ya rabbal :) 





No comments:

Post a Comment