Monday, 24 March 2014

Hukum hakam .


Assalammualaikum ahli syurga !
Hari ni nak cerita sedikit tentang hukum-hakam di kalangan masyarakat kita yang sering menganggap semua benda itu salah , dosa padahal sebenarnya ianya bukanlah dosa dari segi syarak atau pun hukum fikh .

Pertama sekal tentang inai di tangan wanita yang bercorak . Pernah sekali tu aku memakai inai di jari yang berukiran lalu ditegur oleh seorang mak cik ni yang mengatakan salah memakai inai berukiran di tangan kerana katanya seolah-olah aku ni menyerupai atau mencontohi masyarakat hindu . MasyaAllah ilmu Allah tu luaskan setelah dikaji diselidik . Akhirnya aku mendapat jawapannya .


"Hukum memakai inai bagi kaum wanita adalah diharuskan. Namun hanya sekadar di tangan hingga ke pergelangan tangan sahaja, dan tidak melukis/mencorak dengan gambar/lukisan yang dilarang seperti haiwan, logo yangberkaitan dengan ajaran yang sesat atau sebagainya.Perlu diingatkan, lelaki adalah dilarang (haram) memakai inai sekiranya untuk perhiasan diri. Ia hanya untuk hiasan diri kaum wanita sahaja. Jika untuk perubatan (cagu/sakit kuku), ia dibolehkan. Wallahu ‘alam.."  ayat ini dipetik daripada ustaz azhar idrus sendiri .


Yang kedua ialah hukum wanita yang berselawat sedangkan suara wanita itukan aurat ? Ini yang kita selalu keliru , bagi kaum adam di luar sana sila jangan salah faham dan jangan cepat menghukum . Ramai kaum adam yang kata "kaum hawa tak perlulah berselawat berlagu-lagu suara perempua tukan aurat cukuplah sekadar berselawat di dalam hati , kan ini Ijmak ulama' " .

Kata ustazah Fatimah syarha " Jika pendapat sekeras ini, ia hanya akan membuatkan orang lari. Para ulama' makin banyak membenarkan wanita masuk pertandingan tilawah , baca al-quran , berlagu-laguan pun boleh dan saya lagi selesa untuk ikut fatwa ulama' daripada mengikut orang kebanyakan . Hanya manusia yang tidak diajar seni berselisih dalam dunia fiqh , akan terus menghukum perbezaan . Akhlak ini tak sihat , sepatutnya biarlah mereka mengamalkan fiqh , selagi mereka yakin mereka ada hujah . Dan itu tepat dengan masuk keluar daripada perkara khilaf . Biarkan saja manusia berbeza tetapi bagi saya , saya tak selesa menyanyi depan lelaki bukan mahram  TETAPI saya tidak akan sesekali merendah-rendahkan orang yang memilihnya .


Imam  Ash Shakawni memberitahu ya Rasulluah SAW : Pernah mendengar nyanyian wanita yang bernazar membuka rabbana dan bernyanyi di depan baginda . Dan riwayat ini sahih drpd Tarmizi . SubhanaAllah eringat pula Rasulluah SAW bersabda sesungguhnya Allah telah menetapkan hukum-2  maka jangan kalian melanggarnya , mewajibkan kewajipan-2,  maka jangan kalian menyia-yiakannya . Mengharamkan sesuatu maka jangan kamu melakukannya dan mendiamkan sesuatu sebab kasihan kepada kalian bukan kerana rupa maka jangan kamu mempersoalkannya .

Pedulikan saja mereka yang suka menghukum , kenapa kita perlu terganggu dengan pendapat yang keras ? Yang penting kita jelas dengan Allah .


Yang ketiga ialah apabila si wanita bertabaruj atau pun memakai pakaian yang penuh labuci .

Ada satu kisah diantara tiga orang sahabat yang boleh kita jadikan tauladan .
Pada hari majlis pertunangaan A , rakannya B mempersoalkan imejnya sebagai seorang ustazah yang bertabaruj (make-up) dan memakai pakaian yang penuh labuci dan tidak mematuhi syariah .

B : Saya rasa ada yang tak kena dengan pakaian awak ni.

A: Apa yang tak kena , tutup aurat kan ? bertudung labuh pulak tu .
B : Awak rasa pakaian awak yang penuh labuci ni patuh syariah ke ?
A: Apa salahnya labuci , is sudah menjadi kebiasaan pada jubah wanita di Malaysia
B : Takdalah , tadikn masa kita tengan jalan lelaki-2 yang baru keluar dari masjid tu tadi dia cakap "Tak padan dengan ustazah TABARUJ jugak" .
A: Apa yang dia faham dengan maksud TABARUJ itu mungkin berbeza dengan apa yang saya faham. Sudah menjadi lumrah kehidupan apabila kita SALAH PERSEPSI kita mudah mengheret insan ke kandang pesalah di mata kita . Tetapi apabila kita betul persepsi luruslah nilaian dan mekarlah toleransi , baik sangka dan kasih sayang . Dan kita tidak akan lurus nilaian selagi kita tidak selesai masalah FAHAM dan saya bukan malaikat saya juga ada perasaan geram dengan umpatan orang dan saya tidak akan benarkan perasaan geram itu bernanah menjadi penyakit hati . Alhamdulillah lega sudah ~

C: Tak payah peningkan kepala dengan piawaian orang lebih baik tenang dnegan piawaian Allah dan petunjuk Rasul .
B : Tapikan ada yang lebih baik. Macam solat , kan lebih baik kita solat berjemaah daripada kita solat bersendiri . Jadi , awak sebagai ustazah patutnya berpakaian gelap dan tak menarik jadi tak samalah dengan pengantin perempuan yang lain . Kan lebih baik ?
A :Wanita pada zaman Nabi pun tak sesempit itu.
C: Awak , habis tu awak nak suruh A pakai pakaian dalam 'IDDAH' pada hari nikahnya ? Ummu Atiyyah pernah berkata , kita dilarang untuk berkabung lebih daripada tiga hari melainkan kepada suami iaitu 4 bulan 10 hari dalam Iddah tu kita tak boleh bercelak , bersolek , berwangi-wangian dan berpakai-pakaian bercelup . Dan hadis ni sahih riwayat Bukhari dan Muslim . Ini menunjukkan HARUS bagi wnaita berpakaian cantik luar daripada Iddah nya .
B : Bukan macam tu maksud saya , kan lebih baik kita tak memilih pakaian yang tak menarik macam solat berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian .
C : Awak, solat tu ibadah , pakaian tu muamalah. Kita tak boleh samakan ikut logik kita . Ha , muamalah ni sama macam cthnya kita beli handphone . Kalau awak suka i-pad awak tak boleh paksa orang beli Galaxy tab .
B :Tapi kalau kita pakaipakaian yang menarik ni mesti kita nak mintak puji kan ?
C : Niat tersembunyi hanya Allah yang tahu . SIAPA KITA UNTUK MELABEL .
A: Ada ulama' membahaskan tentang maksud pakaian Syuhrah , Pakaian syuhrah atau pakaian yang mencari kemahsyuran ini bukan merujuk kepada pakaian yang cantik sahaja . Berserban besar , bertudung labuh atau berjubah kelabu pun kalau niatnya dianggap warak di depan mata manusia demi
C: Ramai orang yang suka mengukum apabila baca hadis ni . Orang-2 yang berpakaian berlebih-lebihan , Allah akan berikan pakaian kehinaan kepada hari kiamatnya . Pakaian berlebih-lebihan yang disebut dalam hadi nabi itu , mereka mengambil nilaian adat kebiasaan . Memakai jubah yang canrik dan berlabuci adalah sesuatu yang NORMAL pada majlis pernikahan dalam masyarakat kita .
A: Pakaian saya ni bukannya bertatahkan emas dan berlian dengan nilaian jutaan ringgit. Saya bukannya Ratu England . Harganya pun dalam batas mampu saya sahaja .Dan kalau kita nak menyempit-yempitkan ummat dengan semberono melabel pakaian orang lain dengan berlebihan manusia akan lebih jauh daripada istilah Allah . Ingat ! teguran kita jangan buat ORANG LARI . Kita nak bertudung labuh ke , bertudung fesyen ke , APA SALAHNYA JIKA IA MASIH DALAM BATASAN SYARAK . Yang pnting kita kena sentiasa rawat hati kita suapaya dia bebas dari pujian manusia and let me be myself =)
Mmepunyai pilihan dan citarasa sendiri .
C: Betul tu bebaslah memilih asalkan ada takwa .
B : Tapi kalau kita berpakaian cantik mesti orang puji kita
A: Andai dipuji kembalilah pujian itu kepada Allah bukan mengharamkan nikmat yang Allah halalkan .
C :Tak salah memuji orang yang berpakaian cantik lagipun kita memberi keceriaan kepadanya .itukan lagi mengeratkan kasih sayang .
A: KITA JAGALAH NIAT MASING-2 . BUKANNYA MENGHUKUM NIAT ORANG . Bebaskan manusia memilih apa sahaja yang Allah benarkan .

No comments:

Post a Comment