Sunday, 10 March 2019

Aku redha

Assalammualaikum, lamanya tak update blog rasanya nak dekat 3 tahun. Hmm banyak benda dah berubah termasuk cerita aku dan dia. Tak tau lah kalau dia baca ke tak blog ni sebab dah lama tak update kan and mungkin dia pun entah ingat atau tak dekat laman web blog ni. Hari ni terpanggil untuk menulis rasa macam nak luahkan setiap satu yang terbuku dalam hati tapi tak mampu sampai kesudah mungkin ceritanya takkan habis. Apa yang aku boleh cakap ialah lepas apa yang dah jadi antara aku dan dia, aku redha. Aku redha dengan pengakhiran cerita kami selama 6 tahun lebih ini. Aku redha sumpah aku redha dan aku bersyukur Allah tu Maha Besar diberinya ketenangan dan ketabahan serta sabar yang aku tak pernah duga aku akan setenang dan sesabar ini selama mana aku bersama dia. Betul semua manusia buat silap begitu juga aku tapi aku tau curang itu bukan satu kesilapan tapi satu pilihan. Mana mungkin dikatakan berlaku curang itu kesilapan? itu adalah pilihan. Empat kali dalam masa yang singkat aku ditipu hidup-2. Aku redha sangat lepas apa yang dia dah buat cuma yang membuatkan aku terluka sehingga hari ini dan mungkin sampai bila2 luka itu tersemat dalam hati kerana semuanya terpendam. Aku tak sempat nak luahkan semuanya semua rasa yang terbuku di dalam hati ini. Sakit weh jujur sakit sangat Allah je tahu macam mana rasa sakit ni. Selama 6 tahun tak pernah aku curang tak pernah aku menduakan dia walau sekali tapi dia memilih untuk berbuat sedemikian rupa bukan untuk kali kedua, ketiga entah tidak dapat dikira berapa kali. Bayangkan ? Dan aku masih berdiri teguh di samping dia untuk aku sambut jatuh bangun dia selama hampir 7 tahun. Aku yakin dia mampu berubah, peluang juga sudah diberi tapi nampaknya dia masih tidak belajar dari kesilapan dengan itu aku memilih untuk mengundur diri. Ya aku memilih untuk undur diri agar dia bisa mencari kehidupan yang dia mahukan, wanita seperti apa, pasangan hidup seperti apa yang dia mahukan biarlah dia pergi mencari . Mungkin usaha dan kasih sayang aku pada dia selama hampir 7 tahun ini tidak cukup .. Sakit. Aku jatuh tapi kini aku bangun untuk teruskan hidup . Tak perlulah aku explain apa yang dia dah buat dia tau apayang terjadi. Tiada lain hanya ungkapan doa yang aku kirimkan buat dia agar ketemu pasangan yang dia impikan.


Sekarang aku dengan hidup aku dan dia dengan hidup dia .Sampai bila aku perlu bersabar kan sampai bila aku perlu bagi dia peluang? Entah apa lagi lepas ni yang dia buat agaknya . Ya betul mulut bisa berbicara memberi kenyataan bahawa semua perempuan itu 'kawan' . Aku tak bodoh, aku juga punya kawan lelaki tapi terbatas, hubungan kami hanya di dalam kelas, ketika perbincangan dan program berlangsung setelah itu tiada. Bergambar berdua sahaja jauh sekali inikan pula mandi sungai dan memuat naik gambar berdua di Instagram dan dijadikan profile picture. Jauh sekali. Kalau dulu dia sering memberi peringatan agar menjaga batas dan diri antara berlainan jantina , masih segar di ingatan setiap bait nasihat yang diberi tapu ternyata dia jilat keraguan yang wujud dalam diri dia terhadap aku. Semuanya jadi terbalik, dia buat takpa ?


Sekarang aku fokus pada diri sendiri bukan lagi pada lelaki. Bagi aku sekarang ini lelaki semua sama. Orang boleh cakap macam2 tapi mereka tak rasa apa yang aku rasa. Marah dan benci terhadap dia aku simpan rapi. Aku kecewa betul kecewa, aku ingatkan hampit 7 tahun itu memberi makna dalam hidup dia rupanya seolah sampah tidak punya nilai di mata dia. Dia tancapkan duri dalam hati aku dan kesannya akan terus kekal sampai bila-2. Aku tak patut bagi dia peluang kedua sebelum ini tapi aku bodoh . Mungkin inilah agaknya apa yang Allah cuba tunjuk . Takpa Luqman saya redha saya betul redha walaupun sakit untuk terima apa yang awak dah buat. Suatu hari nanti mungkin awak akan rasa apa yang saya rasa, dunia ini berputar Luqman . Sampai hati awak kan .... terima kasih kerana menghancurkan semua impian dan rasa bahagia yang pernah wujud dalam hati ini. Saya doakan awak bahagia.


Buat diri yang dikasihi, jalan lah terus ke hadapan dan jangan pernah berpaling ke belakang. Andai kau jatuh tersungkur saat ini, bangkit lah dan lawan. Pasti ada hikmah dan bahagia yang menanti di penghujungnya. Moga kau kuat, hidup perlu diteruskan. Setiap bait kenangan selama hampir 7 tahun terhenti di sini, tanamlah dan jangan pernah kau gali semua. Biarkan ia kekal jadi kenangan. Sabar lah Sofea... kau masih punya keluarga dan impian yang kau perlu kejar dan jaga. Itu lebih penting, kejar lah impianmu kerjarlah bahagia yang dicari, pergilah ...


Saat ini, hari ini semenjak kejadian itu, hati ini aku tutup rapi buat insan yang bernama lelaki. Yang sudah sudah lah tapi andai punya jodoh rasanya tidak mampu untuk aku melawan kehendak-NYA. Buat masa sekarang cukup lah cukup sampai disini saja daripada batin terseksa lebih baik aku pergi saja. Cinta aku kau balas dengan dusta.

Friday, 17 February 2017

Biar sepi







Bisikku pada bulan kembalikan temanku ,

Aku tertanya-tanya ke mana pergi ke mana hilangnya, di mana dia tatkala aku lagi memerlukan. Ketika saat dan waktu hati ini terasa sunyi, aku cuba mengorak langkah satu per satu bersendirian tanpa cuba mencari di mana dia pergi. Hilang arah tujuan sepertimana hilangnya kasih sayang itu. Berterbangan meluaskan sayap, membebaskan setiap inci kemesraan, kasih sayang yang dibina selama ini. Bulan bertukar siang, bila malam kepada dia hati ini mengadu. Ku lihat bintang dan bulan saling menerangi dan melengkapi. Aku tersenyum, namun senyuman itu tidak mampu menutup sejuta luka di hati. Biarkan semuanya berlalu, aku tidak perlukan semua ini lagi ....


Kekasihku, syurgaku ,

Hati . Titik2 hitam itu mulai merajai hati ini, benci, kecewa dan sedih memenuhi segenap ruang dada ini. Sakitnya bila menghembuskan nafas, tak terkata pedihnya apa yang perlu ditelan. Kau pergi mendiamkan diri mengajar aku erti kekecewaan yang sebenar. Kau bersuka ria dengan wanita lain sedang hati ini setia di sini menanti, menanti saat dan waktu engkau datang dan kutip kembali hati ini. Namun setelah apa yang terjadi, kan kubiarkan hati ini dipagari daripadamu. Bencinya aku pada kau saat ini. Aku merelakan jiwa ini membuang setiap kenangan itu agar pergi jauh... jauh dari mencemari hati yang sama, hati yang kau sendiri lukakan, hati yang kau sendiri tidak mencari lagi. Kau bahagia di sana, aku di sini melawan pedih , sakit dan cuba berlagak kuat. Takkan  ku berpatah balik , takkan sekali ku bertukar arah kembali kepadamu, takkan. Bencinya pada insan bernama Adam menjadi pengangan ku semula setelah sekian lama. Sedangkan pegangan itu hilang saat kau hadir dalam hidup ini namun akhirnya aku tewas, kau jualah yang menghidupkan pegangan itu semula ....



Tanpa dia malam menemaniku, sepi memelukku ,

Selama mana hampir lima tahun kau butakan mata hamba ini dengan cinta dan kasih sayang darimu yang kau berikan. Selama mana kau hadiahi aku dengan intan permata kasih sayang daripadamu. Setelah itu jua kau hadiahi aku dengan kelukaan yang dalam di hati ini. Kau gores, kau hiris tanpa belas kasihan , kau melakukannya tanpa sebarang simpati tanpa sekelumit rasa kesian terhadap aku. Kau betul aku benci. Kau mengajar aku semula apa itu erti benci kepada lelaki. Bencinya hanya kerna nila setitik. kata-kata kau, kan ku simpan sampai bila-bila walau ia memberi sejuta kepedihan. Aku bangkit, aku cuba bangkit, akan diri ku daripada terus jatuh. Kau tidak tahu apa yang hati ini rasa, kau cuma tahu luaran aku. Wajahmu tidak lagi menjadi kegemaran untuk aku tatapi namun sebaliknya. Kau pergi membawa hati ini sekali, aku pegang pada janji. Janji yang terpatri dalam hati ini sejak sekian lama. SEKALI KAU PERGI, JANGAN PERNAH DATANG BALIK. Jangan pernah kau pergi dan kau kembali . Sakit yang kau ajarkan padaku ini sudah memadai untuk aku meluat melihat engkau semula. Bencinya aku pada lelaki seperti kau tak terkata. Kau ada sewaktu menaburkan kata kata manismu, tapi kau tiada untuk menunaikan kata-kata itu agar tidak terus menjadi dongengan semata mata. Perit, cukup perit, kalau diberi keizinan untuk mengundur waktu. akan ku undur agar tidak berjumpa dengan orang yang menyakiti aku sama seperti lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku selama ini. Akan aku putar waktu .....



Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam Biar ia sepi sepertiku ,

Hati ini dirobek satu persatu, dikupas satu persatu memorinya. Daun-daun mulai gugur seakan memori antara kita yang mulai hilang dalam ingatan. Akan ku tunggu saat bunga hati ini yang tinggal cuma setangkai hati, dan saat itu akan ku tanam bunga yang baru yang akan ku jaga sehingga tidak terpedaya dengan lelaki dusta seperti kau. Moga aku tidak diketemukan dengan lelaki yang hanya menjadikan aku tempat persinggahan mereka seperti mana lelaki2 yang pernah hadir dalam hidup aku . Mereka lalu dan pergi, mereka tinggal sekejap dan berpindah. Apa aku tidak punya hati ? Aku benci lelaki seperti mereka. Kau yang kurasakan tidak sama seperti mereka rupanya tiada bezanya . Kau pernah menjanjikan aku intan dan payung namun akhirnya kau hadiahi dengan pisau yang tajam yang telah membunuh hati ini. Kau bunuh dan kau pergi. kau pergi jauhhhh dan kau diamkan diri. berpura tidak tahu apa-apa. aku benci kau . SILAKAN PERGI BIAR HATI INI SEPI .....




-Biar rapuh

Monday, 13 February 2017

http://www.thevocket.com/inspirasi-cinta-jarak-jauh-syafiq-dan-sakinah/

Pada saya, when you truly love someone, distance is not an issue. Saya tidak menganggap jarak itu sebagai penghalang untuk saya sayangkan seseorang. Orang itu memang sedia ada dalam hati saya, saya tak memerlukan dia sentiasa berada dekat dengan saya untuk saya menyayangi dia.



Setiap kali akan berjauhan, saya akan tanam fikiran yang positif saja, contohnya “bila dah jauh ni, mesti rindu. Bila kita makin rindu kan hati makin sayang”, ataupun “bila makin jauh ni mesti kita akan lebih hargai dia.”

Friday, 20 January 2017

Tertutup sudah pintu




Dari tingkap kau melihat bintang-bintang tanggal 

Satu per satu berulang mengucap selamat tinggal

Kadang kau fikir lebih mudah mencintai semua orang

daripada melupakan seseorang

Jika ada seorang yang terlanjur menyentuh hatimu

mereka yang hadir selepasnya hanya menyentuh kemungkinan




Fasa 1

Lapangan terbang dan udara 

Memisahkan Sabah dan Semenanjung

Resah di dada dan rahsia yang menanti di

 tengah2 puisi ini terpisah kerana kata2


Begitu juga rindu, hamparan laut dalam antara 

pulang dan si petualang yang hilang

Atau senyum-mu , menjadi dinding 

Di antara aku dan ketidakwarasan aku

Apa khabar hari ini ? Lihatlah tanda tanya itu




Fasa 2 

Mimpiku akan terus menjadi mimpi  sebab kau 

sendiri telah menutup hati mu di hadapan ku 

Kau tutup dengan kau berdiamkan diri 

tidak lagi berlawan , melawan menuntut apa yang kau inginkan 

Saya kau larang masuk . Sebab kau nak mencurahkan dendam

yang telah bersarang di dalam diri engkau 

Lantaran, untuk membalas dendam itu, kau ambil

suatu keputusan yang kejam. Kau ragut 

tali pengharapanku. Padahal pada tali itu pula

pengharapan kau sendiri bergantung sebab itu 

percayalah , hukuman ini bukan untuk diriku 

seorang tetapi kepada kita berdua 



                                                                  -HS