Friday 20 January 2017

Tertutup sudah pintu




Dari tingkap kau melihat bintang-bintang tanggal 

Satu per satu berulang mengucap selamat tinggal

Kadang kau fikir lebih mudah mencintai semua orang

daripada melupakan seseorang

Jika ada seorang yang terlanjur menyentuh hatimu

mereka yang hadir selepasnya hanya menyentuh kemungkinan




Fasa 1

Lapangan terbang dan udara 

Memisahkan Sabah dan Semenanjung

Resah di dada dan rahsia yang menanti di

 tengah2 puisi ini terpisah kerana kata2


Begitu juga rindu, hamparan laut dalam antara 

pulang dan si petualang yang hilang

Atau senyum-mu , menjadi dinding 

Di antara aku dan ketidakwarasan aku

Apa khabar hari ini ? Lihatlah tanda tanya itu




Fasa 2 

Mimpiku akan terus menjadi mimpi  sebab kau 

sendiri telah menutup hati mu di hadapan ku 

Kau tutup dengan kau berdiamkan diri 

tidak lagi berlawan , melawan menuntut apa yang kau inginkan 

Saya kau larang masuk . Sebab kau nak mencurahkan dendam

yang telah bersarang di dalam diri engkau 

Lantaran, untuk membalas dendam itu, kau ambil

suatu keputusan yang kejam. Kau ragut 

tali pengharapanku. Padahal pada tali itu pula

pengharapan kau sendiri bergantung sebab itu 

percayalah , hukuman ini bukan untuk diriku 

seorang tetapi kepada kita berdua 



                                                                  -HS



No comments:

Post a Comment