Ku capai tetikus . Ku buka blog . Ku luah yang perlu . Ku rungkai yang terbuku . Ku sebarkan di udara sesawang . Biar sampai entah mana . Biar rahsia itu ku kongsi . Dengan siapa , ku tak pasti .
Monday, 6 January 2014
=)
http://youtu.be/llxsjSlK0dA
Comelnya video ni MasyaAllah . Sampaikan waktu nak salam suami sendiri waktu akad nikah pun dia segan . haha sweet nya ya Allah =')
Percaturan awal melalui ummi wa abi. Niat yang betul kerana Allah swt dan Rasullullah saw bersertakan keberanian menyatakan hasrat ingin menikahi anak perempuan Hj Ali Muda & Hjh Napisah Salleh telah tertunai pada 29 Mac 2012.
Kami saling tidak mengenali antara satu sama lain sebelum nikah dan zauji hanya melobi ummi dan abi melalui telefon terus menyatakan ingin menikahi saya kepada wali. Kerana itu, saya merasakan diri saya tersangat mahal. Tanpa berhubung tanpa bercinta saya bersetuju dengan jawapan istikharah.
Sungguh, bercinta selepas nikah itu indah. Allah swt campakkan rasa tenang dalam diri kami.
Pada sebuah pertemuan, pasakkan niat betul-betul untuk apa kita bernikah. Untuk sekadar menghalalkan cinta atau ada agenda besar yang kita impikan? Memiliki sebuah keluarga yang menjalankan syariat Allah, anak-anak yang taat pada Allah dan Rasul, serta mencintai akhirat. Allahuakbar, semoga Allah memudahkan kita utk mencapai niat yang suci ini..
Doakan kami Bahagia hingga ke syurga..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment