Saturday, 25 January 2014

CINTA


http://youtu.be/DeSfKBj1slg
Tok Qadi yang paling best sekali I ever seen . Haha how I wish I can get this type of tok Qadi during my nikah confirm it will make my ceremony being completely happily ever after  .
Video dia tak nak keluar so kalau nak tengok copy saja link tu nanti dapat lah tengok , okey =)


Bukan pasal tu aku nak cerita sekarang ni tapi aku nak cerita tentang "Bulatan Cinta"  antara tiga orang sahabat ni . Yang sorang namanya Syumaila , yang sorang lagi Syifa dan lagi sorang namanya Zahirah .

Kisahnya bermula ketika mereka sedang duduk berbual-bual , bersantai di tepi laut dengan deruan angin dan bunyi ombak yang mendamaikan jiwa yang lagi 'stress' dengan tugasan-tugasan assignment yang terlalu banyak di alam perkuliahan . Biasalah student kan ~
Sedang mereka seronok berbual , Syumaila cuba mengupas satu topik  tentang cinta selain Allah . Dan  dia memulakan tarbiyah nya .


Syumaila : Allah sayang  kita , dan Allah cemburu bila kita mencintai yang lain selain DIA . Bahkan Allah akan mengancam siapa yang meletakkan cinta lebih daripada cinta kepada Allah , Rasul dan jihad Nya di jalan Nya .

Syifa : Remaja sekarang ni rela solat lambat sebab Facebook . Rela ponteng puasa sebab terliur tengok mee segera .

Zahirah: Awak , macam ada pengalaman je Syifa ?

Syifa : Bukan , kita kena peka dengan suasana . Dan cinta ini bukan gejala kepada Allah . Allah ada menyebut dalam surah Al-Baqarah ayat 165 , "Ada diantara manusia mengambil tandingan-tandingan lain selain cinta kepada Allah , Dan mereka mencintai tandingan ini sama seperti mereka mencintai Allah . Dan orang yang beriman lebih cinta kepada Allah" .

Syumaila : Kita kena bantu mereka kenal cinta ini . Banyakkan terang bukan serang . Dan banyakkan didik bukan herdik .

Syifa : AllahuRabbi , takutnya kalau dalam masa sehari tu lima kali je kita ingatkan Allah . Seribu kali kita ingat kepada lelaki . Apalah yang Allah anggap kita ni ya ? Hamba Allah ke hamba Lelaki .

Zahirah  yang mendengar kata-kata dua orang sahabatnya itu lantas terkenang kembali dosa-dosa lampau perbuatan dirinya dan teman lelaki nya dulu . Sayu kelihatan pada raut wajahnya . Seakan-akan menyesal pun ada . Kemudian , dia membuka cerita .....

Dengan nada sedih berkata dia berkata
Zahirah :  Dua tahun  kami bercinta , kerana Allah . Tapi saya rasa saya semakin jauh dan tak ingat Allah . Masa saya solat pun saya sibuk nak tengok handphone saya . Syumaila , cinta kerana Allah pun melalaikan ?

Syumaila tersenyum saat mndengar soalan daripada Zahirah  lalu menjawab pertanyaan tersebut .

Syumaila : Istilah nya cinta kerana Allah tapi hakikatnya ? Belum tentu lagi . Dan apa pengisian cinta Zahirah selama dua tahun ?

Zahirah : Macam biasa , kami pergi makan , bercakap di talefon dan kadang-kadang kita naik kereta sama-sama pergi jalan-jalan . Tapi kami masih waras .

Syifa : Allah bukan tak bagi kita berzina je tapi Allah larang kita ke jalan zina .

Zahirah : Tapi Syifa , ustaz pun benarkan kita bercinta .

Syumaila : Jatuh cinta tu memang boleh , ia Fitrah . Di luar kawal . Tetapi bercinta ni kena faham dulu apa yang Zahirah faham tentang istilahnya . Kata Imam Hassan Al-Bana " Bercinta secara halal itu halal dan bercinta secara haram itu haram .

Syifa : Kalau bercinta tidak jelas , apa halal dan haramnya ?

Syumaila : Bercinta secara Syubhah itu syubhah . Dan syubhah adalah perkara yang tidak jelas . Dan mahu ke kita bercinta dengan penuh keraguan ? Penuh leka , penuh lupa .


Syumaila :  Syeikh al-Qorodowi tidak memuji istilah "al-Hub koblaz zawaj" bila melihat muda-mudi hari ini menguruskan cinta mereka .

Zahirah : Cinta sebelum nikah ?

Syumaila : Ya , hanya kalau ia menghampiri zina . Leka dan sia-sia .

Zahirah : Jadi macam mana saya nak uruskan cinta ni Syumaila ?

Syumaila : Berhubung ketika ada keperluan itu boleh , berurusan lah secara professional .
1)Jaga pandangan . Jangan pandang lama-lama .
2)Jaga perkataan . Jangan berbincang perkara lucah .
3)Jaga fitnah komunikasi. Contact bila perlu sahaja dan berbincanglah  prkara yang berfaedah .dan jangan membazir .
4) Jaga jarak . Tak payah nak duduk dekat-dekat .
5) Jaga selamat . Jangan sampai berkhalwat .

Syifa : Kalau macam tu lebih baik nikah cepat-cepat , lepas nikah nak bercinta puas-puas pun takda orang nak kacau .

Syumaila : Kata Ibnu Qoyyib "Cinta ini ada tiga jenis, nombor satu  Cinta Agung iaitu cinta kepada Allah . Yang kedua cinta pertengahan, iaitu cinta kerana Allah dan yang ketiga cinta hina, iaitu Cinta bersama Allah . Jangan sampai cinta kita ini meletakkan benda lain sebagai nombor satu dalam hidup kita selain Allah .

Syifa : Dah pukul 6 jomlah kita balik ke bilik .


Setelah selesai sesi tarbiyah antara mereka bertiga , mereka terus menuju pulang ke bilik masing-masing .

Alhamdulillah selesai sudah , semoga kita dapat memanfaatkan ilmu dan tips yang diberi di dalam cerita ini, Semuanya hanyalah rekaan semata-mata .
Bosan petang2 tak tahu nak buat apa  =p

GTG , Assalammualaikum ahli syurga =*

No comments:

Post a Comment