Friday, 21 February 2014

Tanya pada diri .

Assalammualaikum ahli syurga , lama tak update blog disebabkan kesuntukkan waktu . Memandangkan minggu ni minggu ujian tapi alhamdulillah telah berakhirnya ujian pada hari khamis semalam =')
Terasa ringan otak ni tak perlu lagi menghafal fomula tu ini , dan macam-macam .
Walau bagaimanapun aku rasa sedih dengan paper fizik . Aku tak dapat nak jawab ya Allah padahal dalam kerjaya seorang pilot Fizik lah yang paling penting sekali . Tapi tak tahu kenapa aku tak dapat nak jawab urghhh . Permudahkan segala urusanku ya Allah . Hope tak gagal . Alhamdulillah yang lain semua okey cuma fizik .... haih .

Tujuan jari jemari ini bernyawa untuk sekian kalinya  bukan untuk menulis cerita tentang "ujian" tetapi tentang diri aku . Apa yang ada dalam hati , perasaan yang selama ini aku rasa . Hampir 3 bulan yang begitu menyakitkan ini betul-betul mengajar aku tentang erti pengorbanan dan membuatkan aku lebih berhati-hati kepada lelaki . Terkadang aku tanya pada diri sendiri , "Aku dah benci pada lelaki hanya disebabkan masa lampau aku ke ? " . Pernah sekali aku katakan pada Qila yang aku terasa hati ni benci pada lelaki . Kemudian Qila nasihatkan aku , dia kata "jangan disebabkan seorang lelaki kau benci pada semua lelaki "



Aku tak tahu kenapa tapi aku perasan sejak beberapa minggu ni aku makin meluat kalau bertembung dengan sekumpulan budak lelaki di sekolah . Rasa macam .. haih . Jujur aku kata , aku hanya berbuat baik pada kawan lelaki aku sahaja , tapi yang tidak aku kenali ... Aku semakin kasar dengan mereka sampaikan budak2 lelaki yang datang belanja dekat kiosk aku layan mereka dengan bersahaja sehingga ada yang membuka mulut pada aku , "Jangan sombong sangat nanti kena japgi"
Perkara tu jugaklah yang membuatkan berlakunya sedikit pertelingkahan dekat kiosk sampaikan aku dipanggil oleh cikgu kiosk iaitu cikgu Zainab untuk berjumpa .Aku tak tahu kenapa dengan aku , aku cuba perbaiki diri aku tadi sewaktu bertugas di kiosk , aku cuba layan pelajar lelaki yang datang  dengan baik tapi masih ,,,,, Hati aku tak seikhlas aku melayan pelajar lain . Hubungan aku dengan Iwan , kawan baik aku pun semakin renggang . Bila berjumpa aku tak pandnag pun muka dia , ada satu hari aku jeling pada dia .

Aku bukan apa , bila setiap kali aku tengok dia duduk lepak dengan budak junior aku rasa macam tak selesa dengan dia . Sampaikan adik Iwan kata pada aku , yang iwan kata aku dah sombong . Sampai sekarang aku dan Iwan tak bertegur pun . Kalau aku nampak dia dengan budak perempuan keliling, aku takkan lalu dihadapan dia begitu jugak dengan pelajar lelaki lain . Rimas !


Aku tahu memang tak patut pun . Tapi seteruk-teruk aku ,  terselit juga satu perasaan inginkan lelaki yang baik hadir dalam hidup aku . Aku tak minta banyak tapi cukuplah yang boleh memimpin bukan yang suka menunding jari . Aku mencari yang pegang pada janji . Bukan yang suka berlari , tapi cinta yang hakiki . Bukan cinta yang buat aku susah hati , In sha Allah aku akan cuba beri yang terbaik buat imamku suatu hari nanti yang berjaya membuka hati ini semula . Dan berjanji setia kerana agamaku .


Buat masa sekarang hati aku pada lelaki semakin tipis . Makin benci bila melihat lelaki yang berfoya-foya dengan perempuan . Kepercayaan aku pada lelaki makin kurang . Allahuakbar ! Ya Allah , aku takut bila kawan-kawan aku bergurau cerita tentang kahwin , seolah-olah fobia . Aku tak tahu kenapa dengan aku ? ='(
makin ada yang menghampiri makin aku menjauhi .


Ya Allah , berdosakah aku jika hati ini benar-benar tertutup buat mereka yang bernama "Adam" .
Ya Rabbul izzati , aku tahu aku akan hidup lama dengan seorang yang bernama suami jika sudah sampai masanya . Andai kata kau mengujiku dengan perangainya , maka kuatkanlah hatiku untuk menempuhi dugaan itu . Ya Allah hanya kau yang tahu apa yang terbaik buat diri ini . Hanya kau ya Allah ..








Ya Allah moga-moga aku akan sentiasa ada buat zaujku apabila dia memerlukan . Tapi bukan sekrang ..... Kerana hati ini masih sakit dan perlukan masa untuk sembuh .

No comments:

Post a Comment