Assalammualaikum , wahhh dah balek rumah dah . Yeayyy ! haha rindu rumah walaupun act tak sampai seminggu pergi dari rumah sebab ke kursus ALP di Hotel DE Palma Shah Alam, PKNS . Best sangat kursus tu kawan-2 dari sekolah laim semua awesome . Banyak kenangan manis kat sana bila teringat balek kelakar lah haha =')
Rindu kawan-kawan kat sana jugak . Oh lupa pulak senarai ahli ALP yang pergi hanya 5 orang shaaja termasuk cikgu 6 lah .
Hanie Sofea - Pengarah urusan
Nurul Hidayah Shahira - Pengarah Pentadbiran
Nur Farisah Amani - Pengarah Kewangan
Nurul Syahadah - Pengarah Pemasaran
Azleen rasyidah - Pengarah Pengeluaran
Okey mula kan cerita .
Mula-mula sampai pukul 11:00 pagi terus daftar, ambil fail kemudian masuk dalam dewan, mula-mula duduk belakang lepas tu bila Dayah kata ada kosong kat depan jadi kitaorang pun duduklah di bahagian hadapan sekaliiiiiii ~ Haha kecut jugak duduk depan kang juri tanya macam-macam kang padan muka , Redho jeler~ Bila tengok sekola2 lain yang tak kenal tu senyum jelah , tak borak apa pun . Rasa kekok je .
Ouh ya nak dijadikan cerita masin pulak mulut aku waktu tu . Encik Syafie juri pertama yang akan sampaikan ceramah pada pagi tu suruh kami semua satu dewan tulis cita-2, hobi, tempat yang pernah dikunjungi dan sukan kegemaran . So , semua orang pun tulis lah dengan penuh tekunnya bila dah siap hantar kat depan . Tak lama lepas tu boleh pulak dia nak panggil secara random , dalam hati dah berdoa dah hopefully bukan aku . Hmm tapi tak jugak lepas 2-3 orang dia dah panggil , then dia pegang satu kertas ni pastu dia cakap dekat Mic
"Seterusnya, cita-cita hendak menjadi seorang jurutebang" Dalam hati penuh doa ni hopefully bukan aku tapi sebenarnya dah boleh agak dah hish -..-
"Namanya, Hanie Sofea dari SMK Sungai Choh" i was like whattttttttttttt ? -________________-
Erk dengan takut2 aku ke depan kemudian memegang mic yang diberi . Ya Allah sumpah malu dah lah comot pendek pulak tu arghhhh !
Me : Ermm errrr erk ahhh nama saya Hanie sofea Binti Mahbob memegang jawatan sebagi pengarah urusan daripada syarikat SEMESCO SDN. BHD. , cita-cita saya nak menjadi seorang juruterbang" (Aku tunduk je waktu bercakap tu haihh maluuuuu tau, Alin, Fari, Dayah dengan Syadah dah gelak-gelak kat depan kurang garam betul)
E.Syafie : Beritahu nama tempat yang pernah awak kunjungi .
Me : Erm tak ingatlah *padahal dah nervous tak pernah2 ckap dengan mic*
En Syafie: *bila tak dapat jawab banyak pulak soalan dia menyesal tak jawab*
Bila dah berkenalan dengan sekolah lain ya Allah malu, geram semua ada weh . Semua sekolah cakap apa tau kitaorang . "Eh form berapa ni dik " "Pendeknya" "Alahai comel2 je semua kecik je semua" "Haa form 4 ?! comelnyaaa" ada sorang penceramah ni dia cakap apa tau "Kenapa kecik2 sekolah korang ni terkena sumpahan ke" Ya Allah waktu ni SATU DEWAN !! gelakkan kami berlima malunya weiii . Tapi memang betul pun sekolah lain semua tinggi2 sekolah kami je ketot Ada budak lelaki dari SMK MERU ni dia kata kat kami "Perempuan nak tinggi tinggi buat apa. Rendah lah comel. Senang kena
dukung, lambung-lambung. Duduk pun kaki tak cecah lantai, boleh hayun" aku dalam hati , hmm nak je aku jawab balik " lambung kau , aku lambung kau kat swimming pool bawah tu kang tahulah"ish . Calcium be my bff ?
Lepas dah habes ceramah / kursus tu semua. Pukul 1 kami lunch , hantar barang dekat bilik , masuk dewan balek sampai pukul 5:30 , then Hi-tea siap-2 untuk kursus malam pulak , Pukul 8 mesti ada dalam dewan sampai pukul 11 malam baru boleh rehat ya Allah penat weh .
Bangun pagi : 6:00pg
Sarapan pagi : 7:00-8:00 pg
Masuk dewan/kursus : 8-10:00 pg
Minum pagi : 10-10:30pg
Kursus: 10:30-1:00tghri
lunch : 1-2:00ptg
Kursus: 2-5:30 ptg
Hi-tea: 5:30-6:00
Balek bilik/berehat " 6:00-7:30
Makan malam : 7:30-8:00
Kursus : 8:00-11 mlm
Alas perut : 11:00-11:30
Pack sangat jadual keluar bilik pukul 8 pg balik pukul 11 malam . Hurr ~..~
Lepas tu makan 6 kali sehari haha bak kata Deqya dia jumpa aku lepas ni macam ikan buntal ler jawabnya hahaha kuajah Deqya ! Bila waktu solat kitaorang baliklah bilik masing-masing =')
Cakap pasal bilik kesian Alin terpaksa satu bilik dngan sekolah lain tapi kami tak , disebabkan 1 bilik dua orang yang pergi 5 orang sebab tulah agaknya dia satukan yang takda kawan bilik lain , Aku sebilik dengan Dayah , Fari dengan Syadah .
Nasib baik roomate Alin tu nama dia Jihan baik orangnya dari SMK Bandar Baru Bangi .
Yang kurang bernasib baiknya pulak , bilik aku dengan Alin berhadapan itu dah bagus sangat manakala fari and Syadah bilik jauh sikit dari kami tapi yang problemnya tu bilik aku dengan Alin berhadapan dengan bilik budak lelaki dari sekolah mana tah . Ya Allah sakit betul hati ni malam-malam dorang asyik main ketuk2 pintu bilik lah , call number bilik lah urghh !! geram weh tak senang duduk kami dibuatnya , bila bukak pintu takda orang pulak , main2 je aku lepuk kang -..-
Sampai Alin dah geram dia keluar bilik apalagi dia menjerit lah satu blok tu boleh dengar agaknya . haihhhhh .
Yang paling buat aku marah ada satu malam ni lampu bilik tiba2 terpadam sebab kad "insert" betul so Dayah pun bukak lah pintu bilik bagi cahaya masuk sementara nak betulkan lampu dalam bilik , yang aku tengah baring-2 atas katil tengok tv boleh pulak ada sorang mamat ni dia pergi bukak pintu bilik kitaorang besar-besar ya Allah menyirapnyaaaaa !! aku dah lah dengan baju tidur waktu tu , naseb baik dia tak nampak sebab katil dengan pintu tersorok sikit . Apalagi menjerit lah kitaorang ingat perogol bersiri mana tah datang . Dah kecoh satu blok tu . Hish dia ingat tu bilik lelaki ke suka hati je nak masuk aku lempang kang baru tahu ! -..-
Bila nampak dia dalam dewan tersengih-sengih ih dia ingat lawak ke benda tu sabar jelahh .
Pasal produk kreatif pulak kami dipertugasan untuk membuat pembentangan antara 14 buah sekolah di hdapan juri macam konvensyen UPM . Sejuk betul tangan aku ya Allah takutnya waktu tunggu turn nak buat persembahan tu , bila dah lama sikit tu hilang lah debar tu tapi nasib baik juri tu kata waktu tu "p.pengeluaran" yang kena bentangkan yang lain jawab soalan juri . Malam sebelum pembentangan tu semua sekolah kena buat produk sendiri di hadapan juri , So kami pun buat lah . Simple je tak boleh lawan sekolah lain rasanya , "Penanda buku kreatif" Kami menggunakan bahan2 nya adalah ~
Reben
Bahan terpakai( manik)
Tirai manik
Gam
Gunting
Benang
Jarum
Bila dah siap . Aku dengan confidentnya tunjuklah pada seorang juri perempuan ni sebab dia yang handle kami malam tu nama dia sampai sekarang aku ingat Pn Zamna Zainul . Garang wehh aku ingat lagi cikgu Wan kata , dia akan soal kita sampai kiita dah tak tahu nak jawab apa . Memang ada jer perkataan yang keluar dari mulut dia nanti , cikgu ada ingatkan jugak kalau dia tanya jawab je jangan jadi macam senior tahun lepas sampai menangis tak dapat jawab soalan dia . Terkejut aku wehh waktu dia komen produk kami . Kemain lagi dia condem sampai aku dengan Alin terdiam , hamek nak sangat . perghh dari situ dah buat aku kecut perut nak buat pembentangan depan dia esoknya .
Bila dah pukul 11 malam , masa untuk balek bilik kami decide nak buat slideshow untuk esok sama2 dekat bilik Fari. Baru nak masuk bilik je jiran depan panggil , budak lelaki dari SMK Ungku Husin .
Budak lelaki tu tanya aku dah siap ke blum slideshow sebab dorang tak reti buat aku pun dengan baik hati nya bantu lah sekolah dorang , ALP dorang 3 lelaki 2 perempuan . Yang kelakar tu kami berlima dengan budak sekolah dorang yang lain buat sama2 slideshow tu dekat depan pintu bilik duduk bawah macam peminta sedekah ramai2 in group dengan laptop masing2 sambil makan maggie sorang satu . Orang yang lalu lalang dalam hotel tu pandang kitaorang pelik je , apahal dorang ni . haha
Ada sorang budak lelaki dari sekolah dorang cakap macam ni ,
"Esok nak presentation malam ni semua bodohkan otak makan maggie yeahh kita serupa"
HAHAHA pastu semua gelak Dayah kemaaiin seronok sampai tersembur maggie dia dekat laptop aku pengotor betul -..-
Bila dah pukul 12:30 macam tu , aku pun dah penat panas pulak duduk kat depan bilik tu air cond takda so aku cakap dorang , apa kata biar budak perempuan sekolah dorang buat dengan kitaornag dalam bilik kami yang lelaki bolehlah balik bilik masing2 buat produk kreatif kan , yelah nanti tak manis orang tengok anak dara dengan anak teruna tengah2 malam tak tidur lagi buat apa , lain pulak fikiran orang nanti .
So, dorang pun setuju lah mereka bahagikan tugas . Pukul 2 pg macam tu ada pulak hamba Allah ni main ketuk2 pintu bila bukak ohhhh rupanya Intan dengan Aisyah datang dengan laptop lah coklat nya , air , makanan . Dats why aku cakap dengan dorang nk picnic ke malam2 buta ni haha rupanya dorang nak buat slideshow tu sama2 dengan kiraorang jugak .
Jam dah pukul 4 pagi ni , tak tidur lagi okey . Haa nampak tak usaha tu ada ? cewahh haha punya mengantuk sampai kira kos pun dah salah , dalam pukul 4:30 macam tu baru semua balik bilik masing2 . Bila dah cakap thanks dekat semua yang membantu aku dengan Dayah pun masuklah bilik terus tidur nasib baik dah solat isyak awal2 kalau tak , tak larat jugak .
Hari yang dinanti-nanti telah tiba . Bangun pagi terlewat sikit dalam pukul 6:50 macam tu Ya Allah , cepat2 aku bangun solat subuh dulu baru mandi , nasib juri masuk dewan lambat hari tu >.<
Bila dah kemas barang semua bawak turun ke lobi then pergi makan . 8:30 masanya sudah tiba dang ! berdebar-debar jantung ni !!! laju je berjalan . Semua dikehendaki bagi copy pada ketua masing2 , satu kumpulan 4 buah sekolah . Kumpulan pertama aku ketuanya so bila dah dapat copy slideshow keempat-empat buah sekolah aku terus bagi pada juri . Aku rasa kami yang sekolah pertama kena pesent tapi alhamdulillah kumpulan empat mula dulu lepas tu sekolah kami . Fuhh !
Bila dah sampai turn sekolah SMK SUNGAI CHOH ya Allah keras kaki ni rasanya nak naik pentas tu dahlah speech tak buat spontan je .
Dan alhamdulillah jugak juri tak tanya soalan yang di luar jangkaan kami sykur =')
Bila diumumkan pemenang kami ber5 dah cakap dah jangan berharp sebab produk kami simple sangat tapi bila diumumkan SMK SUNGAI CHOH naib johan waktu tu rasa macam nak melompat je wehhhh ! gembira teramat sangat tak sia-2 aku menangis malam2, rindu mama , stress dengan tugasan semuanya . Ya Allah syukur =')
First place :SMK MERU
second place : SMK SUNGAI CHOH
third place : SMK UNGKU HUSIN
Whatt ?!!!!!!!!!!!!! tak percaya kan haha kitaorang bila berkumpul sebelum balek tu pun peluk each other kot ya Allah kitaorang yang 3 buah skeolah ebrtungkus-lumus buat sampai 4 pagi ni dalam satu bilik , kitaorang ketiga2 buahs ekolah ni jugak yang menang ? MasyaAllah rancangan Allah kan =)
Seronok tak terkata tahu tak apatah lagi bila sekolah2 lain yang menang tu kamcing dengan sekolah kami . HAHAHA
Sebelum balek kami 3 buah sekolah ni duduk satu meja lunch sama2 then amek gambr ramai2 sebagai kenangan , SMK UNGKU HUSIN tak putus2 ucapkan terima kasih pada kami sebab kalau tak slideshow dorang hancur dah apa pun tak buat lagi . Tapi kami tak kisah pun , apa orang kata kalau kita tolong orang "in sha Allah" tuhan bantu kita , alhamdulillah =)
Dapat kalah kan SEMASHUR dah kira bersyukur dah weh sebab memang target kami nak kalah kan sekolah Science . Fuhhhhh ~
No comments:
Post a Comment