Hati ... kenapa dengan kau ni malam-malam macam ni ? Tolonglah aku , jangan buat perangai . Aku penat . Sudahlah tu , kenapa kau dengan tangisan tak pernah berputus asa daripada hidup aku ? Apa aku buat ..
Ya Allah tahun ini sungguh aku katakan . Sememangnya tahun yang begitu mencabar dalam hidup aku . Sorang-sorang . Ya , setiap apa yang aku lakukan semuanya tanpa teman . Sorang-sorang . Sepi, tangisan , kesakitan yang menjadi teman baik aku kala ini . Begitu terasa kehilangan insan yang disayangi dan bermakna dalam hidup aku . Bila sedih dating bertandang , aku hanya mampu membiarkan air mata yang menguasai akal dan fikiran . Tiada daya untuk melawan dengan ketabahan dan kesabaran .
Sekarang juga aku banyak menangis daripada ketawa . Seolah-olah aku lebih menghargai tangisan daripada senyuman . Kehilangan ..
Keperitan dan kepahitan yang ada dalam diri aku sekarang membuatkan segala kerja yang aku lakukan , seperti sambil lewa sahaja . Allah , kenapa ni hati kenapa dengan kau ni ? Jangan biarkan aku terseksa macam ni ? Hati ... kejam sungguh kau buat aku macam ni tak tentu arah . Kesedihan , Kesakitan . Apa lagi ?
Cukup-cukuplah 2 bulan ni kau kuasai diriku dengan amarah dan tangisan air mata yang tiada penghujungnya . Pedih mata ni . Sudahlah , berhenti seksa aku . Kecewa pergi dari hidup aku , aku tak mampu mendampingi kau lagi .. Aku hanya wanita biasa yang lemah . Tidak punya apa-apa yang istimewa tapi kenapa kau selalu kacau aku ?
Tiada apa yang menyeronokkan dalam hidup aku , pergilah dari hidup aku . Tangisan , kau betul-betul merubah aku menjadi seorang wanita yang tidak tahu lagi apa itu erti tangisan . Samada tulus atau penipuan semata-mata .
Kau perah segala keringat dan air mata ini ? Kejam !
Beri aku ruang untuk bergembira ? Satu hari sudah mencukupi untuk aku kenal semula apa it kegembiraan dalam hidup aku seperti sediakala . Tapi kini ... Kegembiraan hanyalah lakonan semata-mata dalam diari hidup aku . Kini , hanya tangisan yang benar-benar kurasai . KOSONG ! aku rasa kosong dengan semua benda yang aku buat . Tiada lagi perasaan . Jika adapun semuanya palsu . Perit untuk aku terus tersenyum walau dalam diam aku menangis sehingga pedih mata tanpa tiada siapa yang tahu . Tapi ALLAH tahu =')
Jadual harian kini lepih padat dari dulu . Lepas sekolah terus ke tusyen sampai pukul 7 malam kemudian Malam pukul 7:30-9 malam ke kelas karate . Cuma bezanya hari sabtu dan ahad kelas karate mula awal dari pukul 9-11 kemudian terus ke tusyen 11-2 petang . Sengaja aku memenuhi jadual harian setiap hari . Jujur aku penat sehingga tidak cukup tidur , sehari pernah sekali aku cuma tidur 2 jam kerana terlalu banyak kerja nak dilakukan . Aku ada sebab aku tersendiri .
Aku buat semua tu sebab aku tak nak ingat lagi benda yang dah lepas , Yang lepas biarlah lepas . Meskipun aku tak lah brminat dengan kelas karate tersebut tapi memandangkan aku perlu paksa diri aku demi masa depan aku jadi aku masuk dengan hati yang rela . Sedih memang sedih , terpaksa korban kan masa untuk diri sendiri semata-mata kerana tidak mahu mengingati kenangan lampau yang begitu menyakitkan . Begitu juga jika aku bekerja di kedai cik Ram dulu tapi kini tidak lagi , penat jugak kalau masih bekerja di sana , langsung takda masa untuk diri sendiri .
Bilik . Tempat aku meluahkan segala-galanya dengan air mata . Kelas Karate . Tempat aku melepaskan segala amarah yang ada dalam diri ini . Tuition . Tempat aku berfikir memerah otak tentang sesuatu perkara yang berfaedah tanpa mengingati walau satu pun benda yang boleh melalaikan aku .
No comments:
Post a Comment