Saturday, 8 March 2014

Kebahagiaan tak kekal .


Berfikir sejenak . Membuatkan aku serba-sedikit menyedari bahawa bahagia bukan milik aku selamanya . Lama-kelamaan akan hilang jua ditelan masa . Dan serba-sedikit membuatkan aku faham kenapa Allah jauhkan Luqman dari aku . Aku terima semuanya dengan kata pasrah dan tawakal . Andai ini takdirnya aku lebih rela sendiri .

Sakitnya hanya Engkau yang tahu aku redha atas segala ketentuan-Mu , mungkin dia telah berubah hati . Berikan lah dia kebahagiaan yang cukup indah untuk membuang segala kepedihan yang pernah dia lalui bersamaku , aku khilaf , tidak tahu beza permata dan kaca . Tetapi jika inilah takdir aku dan dia . Aku terima cuma satu ku pinta dariMu Ya Allah jangan kau sakiti hati ini . kau pernah pinjamkan kebahagiaan buat kami berdua , kau ambil dan kau beri kepada si dia perempuan yang dia cintai . Mungkin ada hikmah , aku jatuh , dan tiba masanya untuk dia bangun dan rasa kebahagiaan. Mungkin bahagia itu belum datang padaku , tapi suatu hari nanti aku pasti bahagia milik aku walaupun tak bersama dia =')

No comments:

Post a Comment