Sunday, 9 March 2014

Tabah

Yeayy ! HA HA HA tadi pergi ke Hospital Pusrawi dapat surat cinta temu janji daripada doktor nak ajak dating lagi bersama dayang-dayang jururawat . Kali ini nak main potong-potong bawang katanya =')



Hmm , sungguhpun di hadapan manusia lain aku berlagak ceria dan gembira seolah-olah tiada apa yang berlaku tapi sebenarnya tidak . Dalaman aku masih tidak cukup kental dan kuat . Hari demi hari aku cuba pertahankan senyuman palsu yang selalu bermain wajah ini .  Kuatkah aku untuk melakukan pembedahan buat sekian kalinya . Sebaik sahaja pembedahan berakhir , sakitnya ya Allah kau saja yang tahu . Bila ubat bius makin hilang sakit yang dirasai betul-betul membuatkan aku sampai tak boleh bangun kerana begitu terasa kesannya setelah pembedahan itu berakhir .

Apa boleh buat dari kecil penyakit ini sukar dikesan . Mama dan papa pun tak tahu . Ingatkan aku cuma menghidap asma saja tapi lebih dari tu rupanya . Ya Allah berikan aku ketabahn untuk hadapi semua ini . Satu per satu dugaan yang kau hadirkan dalam hidup aku , aku cuba hadapi dengan sabar dan hanya mampu berserah kepada Kau . 


Ujian saringan Talasemia

2 hari lepas dekat sekolah ada jururawat dan doktor-2 yang datang memberi ceramah tentang penyakit talasemia iaitu sejenis penyakit darah kemudia selesai sesi ceramah diteruskan pula dengan ujian saringan talasemia untuk mengambil sampel darah . 

Dan Thalassemia adalah kelainan darah yang diturunkan melalui keluarga (diwariskan). Dimana tubuh membuat membuat bentuk abnormal hemoglobin/HB (protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen). Gangguan tersebut mengakibatkan kehancuran yang berlebihan pada sel darah merah yang mengarah ke anemia.

Waktu nak ambil darah tu cikgu tanya pada semua orang "Siapa yang ibu bapa dia tak bagi untuk ambil darah sila angkat tangan" Aku pun angkatlah , guess what am the only student that parent wont allowed to do that . Then cikgu kata "Okey takpa , Hanie awak duduk kat tepi tu ya. Yang lain boleh beratur sekarang" . Tak lama lepas tu ada sorang doktor ni menghampiri aku , dia kata "Kenapa adik tak ambil" aku jawab jelah tak tahu . Sebab mama dengan papa kata pada aku jangan ambil tanpa sebarang sebab . Bila aku tanya kenapa nanti jawapan mereka hanyalah "It not good for ur health" . Confuse weh , kadang-2 rasa nak nangis pun ada apa yang terbaik untuk aku tapi tak terbaik utnuk kesihatan aku . Ya Allah aku nak hidup macam orang lain jugak .

Kalau aku demam mesti kena masuk air . Kenapa badan aku terlalu lemah ? Kalau batuk sikit je mesti senang dapat lelah lepastu kena sedut gas dekat hospital/klinik yang berdekatan . Aku kuat aku tahu aku kuat dan aku boleh hidup normal macam remaja lain . Aku pun nak hidup sihat jugak ='(
Tok Aunty ~ i need you . I want u back . Sofea nak Tok aunty ada dengan sofea waktu operation tu nanti . Ya Allah aku tak boleh .

 Tak mudah bagi seseorang yang tidak kuat dari segi mental dan fizikalnya untuk menerima kenyataan yang dia sakit . Pil . Ubat pil aku susah nak makan , aku tak reti . Aku dah cuba siapa kata aku tak cuba . Kalau aku paksa nanti pasti aku termuntah . Allahuakbar aku tak boleh !
Jujur aku kata , banyak ubat yang diberi aku buang begitu sahaja . Bukan membazir tapi memang aku tak boleh . Aku tak reti . Agaknya mungkinlah ini sebabnya aku kurang sihat sebab ubat nya aku tak makan . Kadang-2 ubat yang nurse bagi aku buang je senyap-2 bila dia dah keluar dari bilik .

Peritnya dugaan ini . Di hadapan orang lain mungkin aku boleh bersahaja seperti tiada apa yang berlaku tapi bila sakit tu datang , kau saja yang tahu ya Allah .

Kadang-2 kecik hati jugak dengan kawan-2 yang tak tahu apa yang kita sedang hadapi tapi dia main cakap je seolah-olah ianya satu benda lawak . Aku hanya mampu sabar dan senyum .

Someone : Hanie , kau ni asyik lesu je aku tengok asyik-2 tak sihat asyik-2 tak sihat kesian laki kau nanti bila kau dah kahwin habis duti dia untuk bil hospital kau je HAHAHAHA
me : Oh yeke ? *Hanya mampu senyum*

Ya Allah dalam hati kau saja yang tahu apa aku rasa . Rasa nak menitis air mata ni . Dia tak tahu apa kita lalui senanglah dia cakap cuba kalau benda ni jadi pada dia ='(
Tolonglah lain kali jangan main cakap je , fikir sikit ! Aku pun ada hati dan perasaan .

When i look back on my life , i see pain , mistake and heart ache . When i looked in the mirror , i see strength , learned , lesson and pride in myself .


No comments:

Post a Comment