Saturday 21 June 2014

Sendiri

Ada masa kau sedih , kau gembira , dalam hidup semuanya kau akan rasa . Rasa sakit , rasa gembira , rasa sedih , rasa benci ... Tapi yang menunjukkan kematangan kau dalam menghadapi semua tu ialah cara kau handle semua tu . Macam mana kau hadap semua tu dengan fikiran yang postif atau negatif . Berfikiran luas . Buka mata . Tak semua kau akan dapat . Kadang-kadang Allah bagi apa yang kau jangka kau takkan dapat .



Apa yang berlaku seminggu ni membuatkan aku untuk ambil keputusan untuk menyendiri . Biarkan diri aku sendiri . Aku perlukan masa . Masa untuk kembali tabah dan terima semuanya dengan qada' dan qadar Allah . Peritnya sakit ini kian terasa . Air mata yang memahami . Apa yang aku minta dari semua orang disekeliling aku ialah berikan aku ruang untuk menyendiri . Aku tak cukup kuat untuk berkongsi dengan sesiapa lagi termasuk Luqman mahupun sesiapa yang rapat dengan aku . Takpa , biarkan kali ni aku sendiri . Tak perlu risaukan aku . Aku cuba untuk bangun daripada jatuh dengan sendiri agar kelak aku takkan lemah saat badai melanda . Apa yang pasti apa yang aku lakukan sekarang ini tiada sebab untuk aku lupakan 'siapa-siapa' pun dari hidup aku atau nak buang mereka dari hidup aku termasuk 'Dia' .


Aku cuma perlukan masa . Saat ini memang aku lemah . Sampaikan aku betul-betul ingin menyendiri . Jauh dari semua orang . Meskipun perlu ambil keputusan untuk jauh dari Luqman buat sementara waktu , tapi tak bermakna aku ingin meninggalkan dia melainkan dia yang melakukannya . Biarlah dia nak kata apa . Aku perlukan waktu . Waktu untuk kembali macam dulu . Apa yang berlaku betul-betul mengugat hati aku . Sedih .



Demi Allah, aku tidak kuat. Tetapi kerana Allah, aku harus kuat . Aku tak mampu lagi berlakon  untuk tersenyum di saat tertekan , tabah di saat terhina , dan tertawa disaat hati sedang menangis . Sebab itu aku pilih untuk sendiri .
Semalam aku betul-betul rasa 'jatuh' , dan bila dia memerlukan aku , aku cuba berada disamping dia . Meskipun saat aku lagi jatuh , hanya diam dan tangisan yang menjadi peneman . Takpalah ~ Aku tak nak dia sendiri ..



Yang penting aku harap dia dan mak dia semuanya baik-baik saja . Aamiin . Disaat aku memerlukan tiada yang menghampiri , kini biar sendiri yang aku pilih untuk mencari kembali kekuatan dalam diri ini . Cuba memahami apa sebenarnya yang Allah nak fahamkan melalui ujian ini. Moga Allah beri kefahaman . Benar kata orang hidup ini akan lebih indah bila kita serahkan sebulat bulat jantung ini pada Ilahi . Biar takdir yang menentukan . Aku terima segalahnya dengan pasrah .
Izinkan aku pergi jauh dari hidupmu buat seketika . Aku janji takkan meninggalkan atau sebaliknya . Tapi hanya perlukan masa .


I need time alone like you need air to breathe ...



1 comment:

  1. Casinos Near Me - Best Real Money Casino Apps in CT
    Casinos Near Me. 춘천 출장안마 The number one spot 제천 출장샵 for real money gambling in Connecticut, 경상북도 출장마사지 near Boston, and beyond. Find 파주 출장안마 out where to stay closest to Casinos. 광주광역 출장안마

    ReplyDelete