Monday 7 November 2016

Takut













Mungkin aku tak bisa menyatakan apa yang terlintas di benakku . Kerana aku tahu akan salahnya aku dalam memungkiri janji . Janji . Janji itu aku pernah hancurkan dan permainkan dan apa kurangnya dia pernah memainkan janji aku dahulu . Namun baginya itu perkara sudah berlalu dan tak perlu aku ungkit untuk menutup salah aku . Tidak , aku tidak gunakan modal itu semata untuk menutup salahku tapi mengapa . Kesalahan kecil , hampir 5 tahun itu kau biar badai melanda , rumah yang hampir di bina kau biar musnah dilanda ombak . Kata orang nak berumah di tepi pantai jangan takut dilanda ombak. Tak aku tak takut tapi kau seolah rela ianya dipukul badai begitu saja . Hancurnya hati ini hanya sang pencipta yang memahami . Setiap kujur tubuh ini dia yang cipta , maka hanya dia yang memahami bagaimana peritnya , perit bagai diracik hati ini . Apa kau sengaja ? Benar , aku tidak mengungkit kisah lamamu memungkiri suatu janji yang pernah taburkan pada aku , cuma hati seorang wanita yang ingin kau membuat kesimpulan betapa jauh bezanya kesalahan yang aku buat untuk kau putus asa begitu saja banding dengan apa yang seorang lelaki lakukan terhadap sekujur tubuh yang jiwanya kian mati tapi tidak semangatnya suatu ketika dahulu . Aku ulang , tidak aku ingin mengungkit tetapi jika selemah-lemahnya aku sebagai seorang wanita mampu menghadapi kejinya , kejamnya engkau tatkala itu dengan kau belai aku pada masa yang sama kau belai insan lain  yang juga bergelar "wanita" seperti aku . Fikirlah . Aku ulang lagi bukan untuk diungkit tapi untuk kau buka kamus lakarkan kesimpulan , hampir 2 tahun aku bersabar dengan perangai durjana mu sebelum aku bisa mendapatkan cinta seikhlas cinta dari kau ... Dengan itu hanya dengan sebuah akaun kau biarkan hampir 5 tahun itu lebur berderai . Tidak ada satu pun yang kau kutip untuk kau cuba sambungkan potret yang telah kita bina . Bencinya aku pada diri aku , jijik nya aku pada tubuh aku saat itu . Apakah aku telah mensia-siakan diriku untuk orang yang tidak layak aku berikan masa ku selama ini ? Aku berdiam diri selama ini , diamnya aku itu untuk kau membuat kesimpulan namun seakan sia-sia kerana kau tetap mahu menerima hakikat yang telah diprogramkan di fikiran mu . Aku terima semua perubahan mu , aku terima semua caci maki mu , aku terima pekik nya kau memarahi aku kerana mempermainkain janji itu , aku terima segalanya . Tapi satu . Hadirnya seseorang dalam hidup kita , tidak 100% menjanjikan kau mampu menerima siapa nya dia . Pasangan , yang aku tahu saling melengkapi ibarat positif dan negatif yang saling melengkapi . Perginya engkau dalam hidup aku , membuatkan aku berfikir sejenak . Andai 'akaun' kau tidak boleh terima tatkala ini , belum tentu kau boleh terima buruknya aku , jijiknya aku bila kita bersama dalam ikatan yang sah . Janji aku pada diri , suatu hari nanti akan aku buang , akan aku hapus setiap akaun di laman sesawang yang aku cipta kerana aku pegang pada prinsip . Bila mana aku ketika itu adalah seorang isteri , tulang belakang kepada suamiku . Maka dialah segalanya . Namun , ketika ini sedangkan perkara itu tidak mampu engkau tahan , gugur di tengah jalan ... Kau lepaskan aku tak bertali begitu sahaja maka ada baiknya engkau pergi . Kerana berpegangnya aku pada prinsip itu . Sekarang kau tidak boleh terima buruknya diri ini belum tentu kau boleh menerima buruknya lagi jijiknya kujur tubuh ini apabila kita membina mahligai sendiri suatu hari nanti . Ada benar apa yang selalu diulang tayang di laman udara , suami ceraikan isteri seawal perkahwinan , tiada lagi cinta antara pasangan suami isteri . Agaknya , agaknya kerana sebelum kahwin yang engkau mahukan hanyalah kayangan semata yang engkau reka tapi realitinya tidak sekali kau celik mata , buka minda . Allahuakbar . Jauhkan aku dari perkara itu , Ya Allah andai dia bukan jodoh yang terbaik kau bawa dia pergi jauh . Jauh dari pandangan mata ini , Andai dia lah orangnya maka kau dekatkan lah sedekatnya hati ini dengan hatinya . Lahawlawalakuwatailabillahialiuladzim ....

Tabahlah hati masa untuk kau melakar kejayaan dan melangkah jauh . Biarlah dia dengan hidupnya . Serba serbi yang namanya lelaki itu mudah mendapat pengganti suri hati . Andai suatu masa , dia ketemu jodoh lain . Allah , tatkala itu moga-moga hati ini sudah tiada sekelumit rasa sayang dan kasih terhadapnya , biarlah  kenangan tinggal kenangan . Hati ini pernah hancur , jangan kau hancur lagi . Allahu Allah yang maha Mendengar , dengari doa ini . Berikan aku pasangan yang mampu menerima setiap bangun jatuhnya aku , buruknya jijiknya diri ini . Setiap bait kata yang dia pernah lafaz , tidak kira apa tidak akan mensia-siakan aku , aku terima andai kata-kata itu hanyut dibawa angin yang hilang entah ke mana . Walau aku berpegang pada manisnya kata-kata kau namun , bagaikan tidak bererti lagi . Kau biarkan aku gantung tak bertali . Aku pinta , sekali kau melangkah arah jangan pernah kau berpatah arah . Biar , biar kujur tubuh ini mati sekalipun . Kerna , tidak sematinya jiwa ini yang telah engkau bunuh dengan kejam . Sesaat tidak sekali pun kau berpaling untuk menerima penerangan daripada aku . Bencinya , bencinya aku dengan kau . Allahu rawat hati ini . Kau tutup pintu hati ini untuk mana-mana 'Adam' . Aku ingin mencari bahagianya menjadi 'Hawa' tatkala ini . Cukuplah digulakan kasihnya Adam , patahnya sayap hanya kerana satu kesalahan kecil . Biar aku pergi . Pergi cari bahagianya sendiri . Penatnya Allah , penatnya menangis tiap -tiap pekatnya malam . Memori mana yang tidak pernah ku belek ? Allahu hati ini masih pegang kuat cinta itu namun jiwa ini sudah mati . Jangan pernah hidupkan balik sebelum sampainya masa itu .


                                            4Tahun 7Bulan 9Hari

No comments:

Post a Comment