Monday 16 January 2017

Langit tak selalunya cerah



Nama pun kehidupan . Mana kan timbulnya bahagia di sepanjang jalan, mesti ada duka yang menemani. Itulah kehidupan. Sepanjang aku hidup ni, takdalah nak cakap dah cukup makan garam atau apa tapi selama 18 tahun hidup (alhamdulillah) ni , aku belajar banyak benda . DIA hadirkan seseorang dalam hidup aku untuk mengajar aku apa itu erti pengorbanan , setia, jujur, ikhlas , sakit, cinta , kasih sayang dan banyak lagi . Makin jauh aku mengorak langkah makin aku belajar erti kehidupan yang sebenar , Betul kata orang, mungkin dia hadir dalam hidup kau semata untuk mengajar kau apa itu erti kehidupan yang sebenar . Aku percaya qada' dan qadar Allah. Aku percaya mati itu pasti dan jodoh itu juga tetap. Tetap seawal kita di dalam kandungan  ibu .

Perpisahan dan manusia tiada batasnya . Hari ini kau kenal dia , esok lusa kau berpisah dengan dia. Hari ini kau jumpa esok tidak lagi . Hadirnya seseorang dalam hidup kita, bermakna kau akan menanggung risiko ditinggalkan atau meninggalkan . Pedih memang pedih , sakit ? tak perlu aku explain. Sakitnya ditinggalkan orang yang bermakna dalam hidup kita jauh lebih sakit daripada apa yang kau bayangkan . Sebab itu jugak perpisahan itu pahit . Adanya seseorang yang istimewa dalam hidup kau , bersedialah untuk menanggung risiko untuk disakiti . bertahun kau mengenali dia tak bermakna kau betul2 mengenali dia luar dan dalam . Betul juga kata pujangga , bercinta lama-lama tapi akhirnya putus di tengah jalan. Takda jodoh ? mungkin . Tapi mungkin juga sebab hal-hal lain .


Untuk kali ke berapa disakiti , aku akhirnya berpaut pada tali kepasrahan . Ya Kali ni aku pasrah , tak mampu lagi untuk aku melawan . Lawan takdir DIA itu adalah suatu yang mustahil . Aku tidak mampu melawan takdir , andai perpisahan ini adalah jalan yang terbaik untuk aku dan dia , maka aku pasrah dan aku serahkan pada DIA . Hanya DIA pengarang coretan hidup ini dan kepada DIA jugalah aku serahkan segalanya . Aku percaya pada rancangan DIA yang tidak pernah mengecewakan umatnya . Sebagai hamba yang kerdil , aku hanya mampu berdoa yang terbaik .


Penat , ya aku penat . Aku penat berperang dengan benda yang sama . Apa guna perbincangan menggunakan senjata kata-kata yang tajam seolah ianya bukan untuk berbincang tapi seakan untuk berlawan antara satu sama lain ? Bangun dari mimpi . Aku tak boleh terus berhayal dengan cerita cinta yang aku dan dia coretkan . Tak nak jadi hipokrit , aku pilih untuk diam dan pergi . Aku tak perlu hipokrit untuk terus pertahankan cinta yang seolah rapuh , rapuh di tengah jalan . Aku lebih rela pilih derita merindui dia . Aku hanya insan biasa yang tidak mampu menahan sakitnya tiap kali perbincangan itu bertukar menjadi medan perang antara kami berdua dan tika itu juga bermacam kata-kata yang ditusuk , ditusuk terus ke dalam hati ini . Hilangnya rasa sayang tiap kali ditusuk dengan kata-kata seperti itu .


Pandangan dunia luar tak sama dengan dunia realiti yang kita hadapi . Yang orang nampak hanya bahagianya saja , tapi dugaannya ? peritnya ? Aku kalah dengan dia , ya aku mengaku aku kalah bila dengan si dia . Dengan dia , sekalipun kata-katanya menyakitkan tapi aku seolah bodoh mudah menerima dan memaafkan sebab aku terlalu takut untuk melepaskan rasa sayang dan cinta yang dah lama tertanam subur di dalam hati ini . Iya , cinta aku pada dia kian subur hari demi hari namun saat aku dilemparkan dengan kasarnya kata-kata  dia . Jujur , hati ini mula tawar hari demi hari . Sampai bila aku perlu yakinkan diri aku yang suatu hari nanti bila kita mengikat ikatan yang sah , kau akan berubah ? Aku selalu meyakinkan diri ini untuk percaya yang kau akan berubah namun , makin kita kenal , makin lama usia perkenalan kita . Kata-kata kau semakin kasar , kasar sehingga telinga dan hati ini tidak mampu menerima. Hakikat untuk menerima kau kian berubah bukan seperti dulu itu pahit tapi aku telankan jua sebab aku masih ingin perjuangkan semua ini .


Tapi sampai bila ? Sampai bila aku kena yakin kan diri aku bahwa kau akan berubah untuk tidak mengasari aku kelak apabila kita mendirikan rumahtangga ? Selalu aku terbaca post di FB, Twitter tentang mengenali pasangan itu sebelum kahwin sama ada sesuai atau tidak  untuk dijadikan pasangan . Kau ada semua ciri-ciri itu tapi cuma satu, baran kau bila kau marah . Meskipun aku bukan bergelar isteri kau lagi , namun cara kau memarahi aku selalu membuatkan aku takut untuk berkahwin . Bila ada yang tak kena , mula lah aku dikasari . Kadang aku terasa bodoh untuk menerima semuanya yang engkau lemparkan , kata-kata kau . Aku benci lelaki yang mengasari wanita , tetapi bila engkau mengasari aku , aku seolah kaku seperti patung yang cuba menyembunyikan perasaan sakit itu untuk tetap menerima pahitnya cara kau melayan aku . Terasa bodoh tapi kerana terlalu sayangkan kau aku anggap semuanya sebgai nasihat .


Kalini giliran kau pula mendiamkan diri , kau pergi tanpa sebarang mesej kau tinggalkan sebab apa dan kenapa kau berbuat demikian , Aku tahu soal instagram , tapi aku tidak pasti sebab apa . Bila aku bersedih kau kata aku acah , bila aku pujuk kau kata effort aku sikit , SUMPAH kali ni aku give up . ya luqman hadri aku give up untuk fight ... carilah kau perempuan yang boleh mewarnai hidup mu seperti mana yang engkau inginkan . Aku ini hanya wanita murahan yang tidak layak untuk berdamping dengan lelaki seperti kau . Aku pilih untuk tetapkan hati , ikut kata hati . Cukuplah 5 tahun ini jadikan pengajaran yang tidak akan aku lupakan dalam hidup aku . Hanya doa yang mampu aku kirimkan semoga engkau dapat cari wanita idaman kau . Dan ingatlah , sebagai lelaki . Jangan sekali kau tinggikan suara atau mengasari perempuan itu , jangan kau buat benda yang sama seperti apa yang kau buat pada aku . Hati perempuan Allah cipta senipis helaian tisu , makan jagalah dengan baik .


Dalam dunia ni , tak semua benda kita  boleh perolehi maka ingatlah jangan tamak, Sekali pun wanita selepas ini yang akan menggantikan aku dalam hidup kau itu tidak sempurnah seperti apa yang kau nak , ada instagram tapi tudung labuh , takda instagram tapi tidak berpakaian mengikut syariat . Jangan sekali kau hina dan memarahi dia sebaiknya nasihatlah . Ambillah peluang kau bila mana dengan aku untuk kau jadikan pengajaran  dalam hidup . Jadi bila mana kau dengan suri hati yang baru , kau  akan mengulangi perkara yang sama . Didiklah wanita itu , nasihatlah dia tanpa jemu . Jangan kau penat lelah seperti mana kau kata penat menasihati aku , jangan . Jangan sekali kau penat sebab syurga Allah tu luas , kau teruskan nasihat dia inshallah hidayah ALLAH itu milik siapa2 sahaja yang DIA mahukan . Aku doakan yang terbaik .

No comments:

Post a Comment